Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gugurnya jaguh BN: 8 menteri, 19 timb menteri
Diterbitkan:  May 10, 2018 8:18 AM
Dikemaskini: 12:27 AM

PRU14 | Pilihan raya umum ke-14 ini bukan saja menyaksikan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membawa gabungan itu kepada kekalahan pertama sejak kemerdekaan, tetapi juga beberapa 'orang kuatnya' juga.

Walaupun Najib menang dengan selesa di Pekan dengan majoriti 24,859 undi, lapan menteri dan 19 timbalan menteri kalah kerusi parlimen.

Tidak semua daripada mereka merupakan penyandang kerusi parlimen, kerana sesetengahnya ialah bekas senator yang bertanding dalam pilihan raya umum.

Menteri yang dikalahkan ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai (Kementerian Pengangkutan), Datuk Seri Dr S Subramanaim (Kementerian Kesihatan) dan Datuk Seri Mah Siew Keong (Kementerian Perladangan dan Kementerian Komoditi).

Ketiga-tiga mereka juga ialah pengerusi parti komponen BN, MCA, MIC dan Gerakan.

Liow (gambar, kanan) terlepas kerusi Bentong dengan majoriti 2,032 undi, Subramaniam kalah dengan majoriti 5,476 undi dan Mah Siew Keong tewas dengan majoriti 11,179 undi kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Menteri-menteri lain yang dikalahkan termasuk Datuk Seri Shabery Cheek (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Kementerian Kewangan), Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Jamil Khir Baharom dan Datuk Abdul Rahman Dahalan (Menteri diJabatan Perdana Menteri ).

Salleh dan Abdul Rahman ialah antara penyokong kuat Najib. Keduanya dikalahkan calon WARISAN sekutu HARAPAN di Sabah.

Salleh kalah dengan majoriti 4,262 undi di Kota Belud manakala Abdul Rahman ditewaskan dengan majoriti 12,984 undi di Sepanggar.

Shabery pula kalah dengan majoriti 2,163 undi di Kemaman manakala Jamil kalah tipis kepada PAS dengan majoriti 539 undi di Jerai.

Johari tewas dengan majoriti 4,139 undi kepada BERSATU di Titiwangsa.

Seramai 19 timbalan menteri juga kalah.

Mereka ialah seperti senarai berikut:

Nasrudin Mansur (Kalah Silam dengan majoriti 6,401 undi kepada WARISAN)

Datuk Johari Baharum (Kalah Kubang Pasu dengan majoriti 13,009 undi kepada BERSATU)

Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin (Kalah Papar dengan majoriti 325 undi WARISAN)

Datuk Razali Ibrahim (Kalah Muar dengan majoriti 6,952 undi kepada BERSATU)

Datuk Othman Aziz (Kalah Jerlun dengan majoriti 5,866 undi kepada BERSATU)

Lee Chee Leong (Kalah Kampar dengan majoriti 11,801 undi kepada DAP)

Hamim Samuri (Kalah Ledang dengan majoriti 8,666 undi kepada PKR)

Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed (Kalah Pulai dengan majoriti 28,924 undi kepada AMANAH)

Chua Tee Yong (Kalah Labis dengan majoriti 3,408 undi kepada DAP)

Datuk Chew Mei Fun (Kalah Raub dengan majoriti 3,159 undi kepada DAP)

Datuk Hilmi Yahaya (Kalah Balik Pulau dengan majoriti 6,464 undi kepada PKR)

Datuk Aziz Kaprawi (Kalah Sri Gading kepada BERSATU dengan majoriti 3,288 undi)

Loga Bala Mohan (Kalah Segambut dengan majoriti 45,702 undi kepada DAP)

Nogeh Gumbek (Kalah Mas Gading dengan majoriti 3,024 undi kepada DAP)

Mary Yap (kalah Tawau dengan majoriti 4,727 undi kepada PKR)

Datuk P Kamalanathan (kalah Hulu Selangor dengan majoriti 13,391 undi kepada PKR)

Chong Sin Woon (Kalah Seremban dengan majoriti 30,694 undi kepada DAP)

Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (Kalah Pasir Puteh dengan majoriti 1,360 undi kepada PAS)

S Devamany (Lost Sungai Siput dengan majoriti  5,607 undi kepada PKR)

Lihat Komen
ADS