Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M naik Proton Perdana '2020' ke Istana Negara
Diterbitkan:  May 10, 2018 5:40 PM
Dikemaskini: 10:28 AM

Perdana Menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali tiba di Istana Negara di Kuala Lumpur dengan menaiki sebuah kereta limusin Proton Perdana berwarna hitam metalik dengan nombor plat - Proton 2020 - petang tadi.

Pengerusi Pakatan Harapan itu dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada jam 5 petang.

Plat nombor itu melambangkan visi Mahathir untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan Pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) selepas Mahathir lantang membidasnya.

Pada pertemuan hari ini, Mahathir diiringi oleh beberapa pemimpin HARAPAN, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

Portal Berita Harian, petang tadi mengesahkan Istana Negara penerimaan dua dokumen untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri.

Dokumen pertama diterima pada jam 1.38 petang tadi oleh Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan, adalah warkah makluman ditandatangani ketua daripada beberapa parti politik untuk mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.

Nik Mohd Shafriman kemudian dimaklumkan menerima keputusan penuh PRU14, mencakupi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, pada jam 2.45 petang.

Penerimaan dua dokumen berkenaan kini menanti perkenan Sultan Muhammad V bagi mengadakan istiadat mengangkat sumpah jawatan perdana menteri dalam tempoh terdekat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS