HARAPAN mesyuarat hari ini, dijangka bincang lantikan kabinet
Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengadakan mesyuarat pertama selepas pemimpin mereka sah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.
Mesyuarat di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur itu dijangkakan membincangkan isu pelantikan anggota-anggota kabinet.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution memberitahu pemberita yang menunggu di luar bangunan bahawa beliau tidak tahu agenda khusus mesyuarat itu.
Beliau bagaimanapun berkata ia akan membincangkan “fasa berikutnya” untuk kerajaan yang baru dibentuk.
Katanya, mesyuarat itu hanya melibatkan lima pemimpin tertinggi HARAPAN, iaitu Mahathir dan empat pemimpin utama parti-parti komponennya.
Presiden Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Muhyiddin Yassin bagaimanapun kini berada di Johor bagi mengadap sultan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun juga dilihat memasuki bangunan itu pada jam 10.30 pagi.
[Baca berita asal]

