Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan PKR memboikot mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam bagi memutuskan mengenai kedudukan kabinet.

Beliau menjelaskan rundingan masih berjalan, berkata PKR mahu ketua umumnya yang dipenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebahagian daripada perbincangan.

"Sangat malang Anwar, tidak dapat menyertai mesyuarat yang berlangsung semalam.

"Jadi ia bukan soal boikot, tapi kami mahu Anwar sebagai ketua umum untuk memberikan pandangan beliau juga," kata Azmin pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, PKR juga cukup senang dengan usaha Perdana Menteri menziarahi Anwar di Hospital Rehabilitasi selepas mesyuarat tersebut bagi meneruskan perbincangan berkenaan.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS