Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysia bantah pembukaan rasmi kedutaan AS di Baitulmaqdis

Malaysia membantah keras keputusan Amerika Syarikat membuka kedutaan negara itu secara rasmi di Baitulmuqaddis semalam.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Malaysia dengan teguhnya percaya bahawa langkah ini akan menjejaskan dan membahayakan lagi usaha ke arah mencari penyelesaian yang menyeluruh dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.

"Ia akan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada keselamatan dan kestabilan rantau itu tetapi akan meniupkan sentimen dan menghalang rundingan damai pada masa depan," kata kenyataan itu.

Kementerian Luar menarik perhatian bahawa pembukaan kedutaan-kedutaan lain akan memburukkan lagi keadaan.

"Malaysia ingin mengulangi pendirian tegasnya bahawa penyelesaian dua negara, yang menyaksikan rakyat Palestin dan Israel hidup bersama secara aman, berdasarkan sempadan sebelum perang 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin, adalah satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju terhadap konflik Palestin-Israel," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan dalam usaha mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik berkenaan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS