Bilionair Robert Kuok yang dilantik sebagai anggota majlis penasihat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mungkin tidak dapat datang ke Malaysia.
Jurucakap majlis itu, A Kadir Jasin, taikun itu akan berkongsi pandangannya dari Hong Kong, tempat beliau menetap.
“Kemungkinan beliau tidak dapat datang ke Malaysia tetapi kami sentiasa berhubung dengannya.
“Bila kita perlu pandangannya, kita akan hubungi,” katanya kepada Malaysiakini.
Begitu juga apabila Kuok hendak menghantar pesanan kepada majlis itu atau Mahathir, beliau akan menghubungi anggotanya.
“Dia sangat lemah pada masa ini,” kata Kadir.
Kuok, 95, tua dua tahun daripada Mahathir – yang kini menjadi pemimpin paling tua di dunia.
Kuok dinobatkan oleh majalah Forbes sebagai orang terkaya di Malaysia.
Menurut Mahathir, majlis penasihat itu akan mengkaji dan menyediakan cadangan kepada kabinet dalam perjalanan kementerian-kementerian.
Ia juga akan membantu kerajaan melaksanakan janji 100 hari dalam manifesto Pakatan Harapan.
Majlis itu turut dianggotai oleh bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, bekas penasihat Petronas Mohd Hassan Merican dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
Februari lalu, Kuok menjadi perhatian selepas didakwa menaja kempen HARAPAN, yang ketika itu pembangkang.
Kuok menafikan dakwaan itu.
[Baca berita asal]
