Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Terserah pada PM buat keputusan - Kadir Jasin
Diterbitkan:  May 15, 2018 4:22 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Majlis penasihat kerajaan yang baru ditubuhkan bebas untuk memanggil sesiapa sahaja bagi membantu mendapatkan maklumat tetapi keputusan hanya boleh dibuat oleh perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dijelaskan oleh jurucakap majlis berkenaan, Datuk A Kadir Jasin, hari ini.

"Kami hanya boleh mengumpulkan maklumat, merangka rancangan dan program, dan membentangkannya kepada Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad).

"Pembuat keputusan adalah Perdana Menteri dan kabinet.

"Kita mempunyai kuasa yang sangat terhad ... tetapi kita boleh menghubungi sesiapa yang relevan yang boleh membantu kita dalam mengetahui keadaan ekonomi seperti sekarang," kata Kadir kepada media selepas melawat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabitilasi Cheras hari ini.

Majlis penasihat yang diumumkan Mahathir Sabtu lalu terdiri daripada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican, jutawan Robert Kuok dan pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram.

Pada masa ini perdana menteri berkata majlis itu akan mengendalikan kajian dan menyediakan kertas kerja kepada kabinet sementara menunggu pelantikan menteri.

Majlis itu juga akan membantu kerajaan baru melaksanakan janji 100 hari manifestonya dan dijangka akan diwujudkan dalam tempoh yang sama.

 

Lihat Komen
ADS