Ghafar semakin baik tapi jumlah pelawat dihadkan, kata anaknya
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, 80, telah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pantai(PMC) di Kuala Lumpur, kata anak perempuan Salmah.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba, 80, telah dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pantai(PMC) di Kuala Lumpur, kata anak perempuan Salmah.
"Beliau masih lemah kerana keadaan jantungnya dan masih belum boleh bercakap," katanya kepada akhbar New Straits Times (NST) semalam.
Salmah yang menziarah bapanya di wad eksekutif berkata, keadaan Ghafar semakin bertambah baik.
"Beliau boleh bernafas sendiri dan tidak perlukan bantuan mesin," katanya.
Menurutnya, Ghafar memerlukan banyak rehat, kerana itu jumlah pelawat juga terpaksa dihadkan.
Menurut NST lagi, PMC dijangka mengeluarkan kenyataan hari ini mengenai keadaan Ghafar.
Khabar angin
Ghafar dipindahkan ke PMC dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia ke PMC pada 12 Oktober lalu di mana beliau menerima rawatan sakit dada dan bengkak khaki.
Tiga hari kemudiannya, ahli politik veteran itu dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas jantung dan hatinya gagal berfungsi tanpa bantuan.
Khabar angin yang beliau telah meninggal dunia, juga tersebar minggu lalu. Bagaimanapun, pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan menafikannya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.