Berita Malaysiakini

Lori bawa barang keluar dari rumah Najib tarik perhatian wartawan

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Sebuah lori yang dilihat meninggalkan kediaman kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta, Kuala Lumpur hari ini menarik perhatian pengamal media yang berkumpul di luar.

Sekitar pukul 6.05 petang, sebuah lori dilihat masuk ke kawasan rumah Najib dan meninggalkan kawasan itu kira-kira lima belas minit kemudian.

Pengamal media mendakwa melihat barang dari rumah Najib dimuat dalam lori. Namun, tidak dapat dipastikan apa barang-barang itu.

Ketika ditanya, seorang anggota polis berkata pemandu lori berkenaan enggan memberitahu barang yang dimuatkan dalam lori berkenaan.

Polis berkenaan berkata barang berkenaan adalah dari rumah Najib dan dia ada hak untuk memindahkan barang tersebut.

Wartawan dan jurugambar mula berkumpul di simpang jalan kecil menuju rumah Najb sejak 5 petang tadi. Sebuah khemah polis dipasang di simpang berkenaan dengan beberapa pegawai polis memeriksa kenderaan yang keluar masuk.

[Baca berita penuh]