Ahli Parlimen Muar yang baru Syed Saddiq Abdul Rahman meminta orang ramai supaya tidak lagi bergosip tentang kehidupan pribadinya.

Dalam catatan di Twitter hari ini, Syed Saddiq berkata bahawa dirinya tidak menyertai politik untuk menjadi selebriti.

“Tolonglah fokus kepada tawaran saya kepada anak muda (Rumah Mampu Milik/High Speed Internet/Tangguh PTPTN) dan pelan pembangunan untuk jadikan #MuarMutiaraJohor

“Please. Gosip tidak akan menyelesaikan masalah anak muda. #YouthPower," ciapnya.

Syed Saddiq, 25 tahun, menarik minat dan perhatian sekumpulan wanita sejak menceburkan diri dalam kerjaya politik.

Malah, sebuah stesen radio tempatan juga menghasilkan "lembaran fakta" media sosial mengenai Syed Saddiq yang menyenaraikannya sebagai masih belum berkahwin, destinasi pilihannya untuk bercuti, kegemarannya memasak dan tabiat permainan videonya.

Malaysiakini secara bebas boleh mengesahkan bahawa tidak semua dalam senarai itu adalah benar.

[Baca berita penuh]