Guan Eng ingatkan Pak Lah mengenai janji-janjinya pada rakyat
Terjemahan Ketika melangkah ke tahun ketiga memegang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa supaya menunaikan janji-janji yang dibuatkan dua tahun lalu.
Terjemahan Ketika melangkah ke tahun ketiga memegang jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi digesa supaya menunaikan janji-janji yang dibuatkan dua tahun lalu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sepanjang kepimpinan Abdullah, pertumbuhan ekonomi semakin perlahan, hutang kerajaan pusat meningkat, kedudukan Malaysia dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (IT), juga telah merosot.
"Rakyat Malaysia tidak mahu beliau mengalami kegagalan...kecuali langkah tegas diambil, beliau tidak akan mampu menunaikan janji-janjinya," katanya merujuk kepada janji-janji yang dibuat ketika Abdullah ketika mencapi kemenangan besar dalam pilihanraya umum lalu.
Katanya, salah satu langkah tegas yang boleh dilakukan oleh Abdullah untuk mengembalikan keyakinan rakyat sewaktu pilihanraya umum 2004 ialah memecat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Rafidah Aziz yang terbabit dalam kontroversi pengeluaran Permit Import (AP).
Lim juga mengingatkan Abdullah supaya jangan lewat melaksanakan baki daripada 125 perakuan Suruhanjaya Diraja Polis dan memastikan Badan Pencegah Rasuah hanya bertanggungjawab kepada Parlimen.
PAS 'bimbang'
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, partinya amat bimbang kerana hak kebebasan demokrasi masih tidak wujud sejak persaraan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, beberapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang ditahan sewaktu era Dr Mahathir, masih ditahan tanpa bicara melebihi tempoh dua tahun.
"Begitu juga dengan kecenderungan untuk terlalu mengawal (pelajar) universiti tempatan. Parti kami menyifatkan pilihanraya kampus baru-baru ini sebagai yang paling tidak demokratik dalam sejarah negara," kata Kamaruddin kepada malaysiakini.
Menurutnya, Abdullah mempunyai banyak ruang untuk memperbaiki keadaan dan salah satu keutamaannya ialah untuk menghasilkan satu dasar ekonomi yang jelas dan mengambil pendekatan keras untuk membanteras rasuah./ Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.