Berita Malaysiakini

Bukit Aman: Jangan tular laporan barangan rampasan

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Polis menggesa orang ramai berhenti menyebarkan laporan polis yang kononnya dibuat oleh polis sendiri berhubung barangan yang dirampas dari sebuah banglo milik bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tolong jangan tularkan," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh kepada Malaysiakini dalam mesej teks.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan atau menafikan kesahihan laporan itu.

"Kami akan memberikan PC penuh (sidang akhbar) sebaik bersedia, terima kasih," katanya.

Laporan yang didakwa, bertarikh 17 Mei, menyatakan bahawa polis merampas antara lain, termasuk barangan kemas, wang tunai, termasuk mata wang asing dan beg tangan berjenama semasa operasi mereka di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Ia menyebut bahawa operasi itu, yang kononnya dijalankan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Perolehan Akta Kegiatan Undang-undang 2001 (Amla) dan melibatkan 33 anggota polis.

Meskipun Najib mahupun ahli keluarganya tidak dinamakan dalam laporan itu, alamat rumah dalam laporan berkenaan dikatakan sepadan dengan banglo kediaman bekas perdana menteri.

Malam semalam, Amar Singh berkata, 72 bag wang tunai dan barangan kemas, serta 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama mewah, dirampas daripada dua unit kondominium yang dikaitkan dengan Najib di Pavilion Residences, di Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]