Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Luxembourg mahu berbincang, dana 1MDB AS$100 juta yang dibekukan
Diterbitkan:  May 19, 2018 12:34 PM
Dikemaskini: 4:37 AM

Pihak berkuasa di Luxembourg berharap kerajaan baru Malaysia boleh menawarkan maklumat baru mengenai sejumlah AS$100 juta daripada dana pelaburan 1MDB yang Luxembourg bekukan dua tahun lalu dalam satu siasatan pengubahan wang haram, sumber-sumber kehakiman memberitahu Reuters.

Mengesahkan untuk pertama kalinya pada hari Jumaat bahawa wang itu telah disekat di Grand Duchy selepas bank swasta Switzerland Edmond de Rothschild didenda setahun lalu atas pengubahan wang haram, yang menurut sumber-sumber itu Luxembourg berminat untuk meneruskan siasatan memandangkan sekarang kerajaan baru sedang meneliti masalah firma itu,

Beberapa hari selepas kejatuhan gabungan parti pemerintah lama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan siasatan terhadap skandal 1MDB.

Pada bulan Jun 2017, pegawai Edmond de Rothschild dan Luxembourg berkata bank itu didenda hampir 9 juta euro (AS$10.60 juta) berkaitan dengan pengubahan wang haram.

Pada hari Jumaat, sumber-sumber Luxembourg berkata pihak berkuasa membekukan AS$100 juta dalam kes tahun sebelumnya tetapi tidak dapat hingga sekarang untuk menentukan apa yang perlu dilakukan dengan dana itu kerana kekurangan maklumat dari Malaysia.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS