Penulis buku mengenai Ruslin, buat laporan polis
Penulis buku Skandal Seks dan Rasuah Ruslin Hassan , Mohamad Rafi Awang Kechik membuat satu laporan polis malam tadi supaya siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran isi kandungan bukunya.
Penulis buku Skandal Seks dan Rasuah Ruslin Hassan , Mohamad Rafi Awang Kechik membuat satu laporan polis malam tadi supaya siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran isi kandungan bukunya.
Mohamad Rafi, 41, dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 8 malam tadi, memohon polis, Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri, menyiasat isi kandungan buku tersebut untuk memastikan kebenaran tulisannya.
"Saya mohon pihak polis, BPR dan Biro Pengaduan Awam agar menyiasat isi kandungan buku itu dan mengambil tindakan mencari kebenarannya," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar tengah malam tadi.
Katanya, beliau mahu membersihkan namanya kerana dituduh oleh sesetengah pihak sebagai penulis upahan untuk memfitnah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ruslin Hassan berikutan menggunakan nama pena Amir Fitri Hakimi untuk buku itu.
Menurut laporan Bernama , Mohamad Rafi yang juga bekas wartawan sebuah akhbar tabloid berkata, menggunakan nama pena merupakan satu kebiasaan bagi seseorang penulis.
Mohamad Rafi ditahan reman selama empat hari mulai 26 Oktober lalu bagi membantu siasatan.
Turut ditahan reman untuk membantu siasatan ialah dua pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), masing-masing berumur 47 dan 50 tahun, yang telah dibebaskan atas ikat jamin polis Ahad lalu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.