Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA sekarang berada di ICU, kata Soi Lek
Diterbitkan:  May 20, 2018 11:23 PM
Dikemaskini: 3:29 PM

MCA kini berada 'Unit Rawatan Rapi (ICU)' berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum ke-14, kata bekas presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata nasib MCA mungkin berbeza jika parti itu tidak menyertai kabinet selepas menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13, yang menyaksikan MCA hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan Chua diketepikan selepas beliau bersara sebagai presiden MCA pada Disember 2013.

"Tidak menyertai kabinet memberikan MCA kebebasan dan ruang untuk perubahan. Nasib MCA dalam pilihan raya umum 9 Mei mungkin berbeza jika kita terus kekal di luar kerajaan.

"Hari ini MCA seperti pesakit di ICU tanpa doktor untuk memberikan preskripsi yang tepat," katanya dalam catatan di Facebook.

MCA memenangi hanya satu kerusi parlimen dan dua kerusi DUN dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Dalam satu catatan berasingan, Chua juga menafikan beliau akan membentuk parti politik baru.

Chua berkata walaupun telah bersara, beliau tidak pernah meninggalkan parti sebaliknya kepimpinan parti itu yang meninggalkannya.

Beliau mengingatkan rakannya dalam MCA bahawa selepas pilihan raya umum 2008, 2013 dan 2018, parti itu 'terlantar sakit'.

Katanya, jika MCA tidak berubah selepas tiga kali pilihan raya, beliau khuatir parti itu akan menerima nasib malang.

Lihat Komen
ADS