Lima belas lagi kematian di jalanraya dicatatkan pada hari keenam Ops Sikap IX, menjadikan jumlah yang terkorban menjelang Hari Raya Aidilfitri setakat ini kepada 95.

Menurut kenyataan Polis Bukit Aman, enam kematian dicatatkan di jalan persekutuan, diikuti jalan negeri (4), jalan bandaran (3) dan lebuh raya (2).

Tujuh kes membabitkan motokar, motosikal (6), lori dan teksi masing-masing satu kes.

Sementara itu, jumlah kemalangan jalan raya yang direkodkan pada hari ke enam Ops Sikap IX ialah 885 kes dengan jalan bandaran mencatat jumlah tertinggi iaitu 380 kes diikuti jalan persekutuan (253), jalan negeri (137), lebuh raya (73) dan lain-lain jalan (42).