Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kami berjuang dapatkan duit curi, tapi dituduh pembelot'
Diterbitkan:  May 22, 2018 12:05 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meluahkan perasaannya yang dituduh sebagai pembelot sebelum ini.

Sedangkan, katanya, beliau dan bos SPRM sebelum ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed “berjuang untuk dapatkan duit yang dicuri dari rakyat Malaysia”.

Shukri juga berkata beliau hanya seorang pejuang antirasuah dan tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana kerajaan.

Malah, katanya, beliau tidak mempunyai kuasa pun untuk berbuat demikian.

Namun katanya, polis sebaliknya mahu menangkap beliau atas dakwaan berkonspirasi menentang kerajaan pada tahun 2015.

"SPRM mempunyai skuad perisikan sendiri.

"Apabila beliau (bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail) dipecat, saya menerima maklumat bahawa saya akan ditangkap kerana 'konspirasi untuk menggulingkan kerajaan'," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini, Shukri berkata ini berkaitan dengan siasatan wang RM2.6 bilion yang berada di akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Abdul Gani kemudiannya mengetuai satu pasukan untuk menyiasat perkara itu, namun ketika penyiasatan, beliau dilucutkan daripada jawatannya atas alasan kesihatan dan digantikan dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS