Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi Tabung Haji letak jawatan
Diterbitkan:  May 23, 2018 11:37 PM
Dikemaskini: 3:39 PM

Anggota parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim meletakkan jawatan sebagai pengerusi Tabung Haji.

Katanya, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan itu pada 14 Mei lalu, lapor The Star Online.

“Saya dilantik oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri, jadi peletakan jawatan saya juga pada menteri yang bertanggungjawab.

“Setakat yang saya tahu saya telah letak jawatan.

"Ia bagaimanapun masih kira tidak rasmi kerana menteri masih belum dilantik,” beliau dipetik sebagai berkata.

Lembaga Tabung Haji sebelum ini diletakkan bawah portfolio menteri agama di JPM. Bagaimanapun, bawah kerajaan baru, struktur itu masih belum jelas.

Kerajaan baru telah melantik 13 menteri dan selebihnya, lagi 12, dijangka dibuat tidak lama lagi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu hartanah dikaitkan dengan Azeez di Subang Jaya, Selangor dan Kedah.

Sekitar RM500,000 wang tunai dan barang kemas dirampas.

Lihat Komen
ADS