Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

WAWANCARA | Bagi bekas eksekutif syarikat PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, pengalaman ditahan di penjara Thailand selama 18 bulan adalah mimpi ngeri buatnya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam Jusco menceritakan kembali bagaimana dia terpaksa bersesak-sesak dengan berpuluh-puluh banduan lain dalam sel yang kotor dan pengudaraan terhad.

"Saya tidur di atas lantai yang sepanas 45 darjah Celsius, dengan banyak lipas.

"Ada juga orang berpenyakit tuberculosis (TB) serta penyakit-penyakit pelik lain. Ia adalah pengalaman menakutkan," katanya.

Justo dipenjara pada Ogos 2015 selepas mengaku salah atas tuduhan memeras ugut dikemukakan bekas majikannya. Kesalahan itu didakwa berlaku pada 2013.

Dia meninggalkan PetroSaudi International pada 2011 iaitu dua tahun selepas syarikat terbabit menerima dana bernilai AS$1 bilion hasil usaha sama dengan firma pelaburan Malaysia, 1MDB.

Usaha sama itu berakhir hanya enam bulan kemudian. Sejak itu 1MDB tidak dapat menunjukkan apa yang berlaku kepada dana berkenaan.

Justo menegaskan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sengaja dibuat bagi mencemar sejumlah e-mel syarikat PetroSaudi International yang diserahkannya kepada wartawan.

Katanya dia juga ditekan supaya menandatangani pengakuan bagi meletakkan wartawan terbabit dalam tanggapan buruk.

"(Sel itu) mungkin bersaiz bilik kecil. Ada 50 orang. Kadang-kadang apabila terjaga ada kaki orang lain di muka saya.

"Saya tak pernah melakukan jenayah dalam hidup saya. Saya pegawai bank yang bersara, hidup selesa. Mereka meletakkan saya dalam situasi ini.

"Percayalah, anda pun akan buat pengakut macam saya walaupun tak melakukan kesalahan.

"Untuk keluar dari semua ini saya sanggup mengaku membunuh John F Kennedy walaupun ketika dia mati, saya belum lahir.

"Saya cuma mahu kembali kepada isteri dan anak lelaki saya," katanya.

Justo juga mendakwa penahanannya berpunca daripada pakatan sesama bekas majikannya yang bimbang kandungan e-mel yang ada itu akan menyebabkan mereka terkait sama dalam isu berkenaan.

Pada ketika itu sejumlah pihak berkuasa sudah menyiasat 1MDB atas kesalahan penggubahan wang haram dan melanggar undang-undang perbankan.

Justo juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia turu tterbabit, namun dia enggan mendedahkan sebarang nama.

[Baca berita penuh]

Berita berkaitan: Saya tak curi data atau peras ugut, kata Justo

Lihat Komen
ADS