Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Menteri S'wak perlu buat aduan RTM tak siar berita'
Diterbitkan:  May 25, 2018 10:18 PM
Dikemaskini: 2:21 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yakin pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak menggalakkan atau menyokong pemencilan media.

Beliau mengulas keluhan anggota kabinet Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berita kerajaan BN negeri tidak disiarkan RTM.

Gobind berkata HARAPAN komited dengan kebebasan media dan tidak bersetuju dengan amalan pentadbiran sebelum ini mengenai pemencilan media.

"(Abdul Karim) dialu-alukan untuk menulis kepada saya mengenainya secara rasmi jika beliau mahu. Jika beliau melakukannya, saya pasti akan melihatnya," tulis Gobind di halaman Facebooknya hari ini.

RTM dan agensi berita nasional, Bernama di bawah bidang kuasa kementerian Gobind.

Abdul Karim (gambar) berkata selain daripada acara menteri BN negeri yang tidak disiarkan, maklumat mengenai program dan aktiviti mereka juga tidak disebarkan.

"Secara peribadi, saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku.

"Jika ketua menteri atau menteri-menteri lain daripada BN mempunyai program yang tidak berkaitan politik, RTM perlu bertindak adil dan menerbitkan berita berkenaan," katanya.

Abdul Karim mendakwa program berita RTM jam 7 pagi juga telah menghentikan siaran majlis berkaitan kerajaan negeri BN.

"Sarawak tidak seharusnya dihukum media nasional hanya kerana kami pembangkang (peringkat persekutuan)," katanya.

Lihat Komen
ADS