Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PAS ambil alih lepas HARAPAN bayar hutang negara'
Diterbitkan:  May 28, 2018 1:46 PM
Dikemaskini: 5:50 AM

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melihat ada hikmah tersendiri - termasuk buat parti itu - apabila Pakatan Harapan (HARAPAN) menang pada PRU ke-14 dan membentuk kerajaan pusat.

Secara berseloroh, Mohd Amar berkata HARAPAN mewarisi hutang negara yang besar dan beliau ingin melihat kerajaan baru menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu sebelum digantikan PAS.

"Tak boleh memerintah Malaysia (pada masa ini) sebab hutang banyak. Ambillah dulu, lima tahun lagi (pada PRU akan datang) kita ambil Malaysia," katanya menerusi video berdurasi kira-kira sepuluh minit yang dimuat naik di Youtube.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu menyamakan keadaan sekarang ketika Umno merampas negeri itu pada 1978, hanya untuk sekali lagi tewas pada 1990.

"Kita kalah pada 1978, memang kita sedih...tetapi kita biarkan orang lain perintah 12 tahun, dia buat pembangunan, bina pejabat.

"Apabila semua siap, kita ambil balik," katanya lagi.

Namun untuk PAS memperolehi kejayaan itu, katanya lagi, parti itu perlulah menunjukkan prestasi yang baik dan kekal memperjuangkan Islam.

"Dalam politik atau apa saja, letak agama di depan. Tuhan buat comel doh (sudah baik), terima dengan redha.

"Tapi nampak cahaya lima tahun lagi, kalau kita buat dengan baik, kita akan buka sayap yang lebih besar...Maka duduklah dengan politik Islam," katanya lagi.
 

Lihat Komen
ADS