Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Mejar (B) Zaidi Ahmad, yang dipecat daripada angkatan tentera tiga tahun lalu meminta pertolongan dari Kementerian Pertahanan supaya mengembalikan semula jawatannya atau beliau dibayar pencen.

Menurut Zaidi, kerajaan sekarang boleh mengisytiharkan penamatannya daripada perkhidmatan tentera sebagai "haram dan bermotivasi politik."

"Kerajaan juga boleh mengembalikan jawatan saya sebagai juruterbang dengan kedudukan sebagai lettenan kolonel bersama Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Kementerian Pertahanan juga boleh meluluskan pencen saya dan sebarang ganjaran untuk perkhidmatan saya selama 26 tahun dengan TUDM," katanya semalam selepas menyerahkan surat rasmi kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Salinan surat itu juga dihantar kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Mohamad berkata beliau akan mengkaji kes Zaidi dan mengambil tindakan jika perlu.

"Saya baru saja masuk ke pejabat saya, tolong berikan saya sedikit masa untuk mengkaji kes Zaidi," katanya ketika ditanya mengenai perkara itu sebelum acara berbuka puasa di Tasek Gelugor semalam.

Zaidi dipecat dari tugasnya oleh mahkamah tentera TUDM pada tahun 2015 selepas beliau mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai isu dakwat kekal.

Beliau membuat laporan polis semasa pilihan raya umum 2013, yang dianggap melanggar etika kerja beliau.

Lihat Komen
ADS