Berita Malaysiakini

PM umum tabung derma rakyat bayar hutang negara

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perdana menteri mengumumkan pembentukan tabung khas bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

“Kita akan tubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk terima derma rakyat untuk membantu kedudukan kewangan negara,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota parlimen Langkawi berkata, ramai rakyat tahu berkaitan kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan sanggup menderma kepada kerajaan.

“Kita alu-alukan sikap patriotik mereka ini kita ucap terima kasih kepada mereka untuk tentukan derma ini sampai kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

“Maka kerajaan tentukan semua derma ini diberi kepada kementerian berkenaan,” katanya.

Mahathir sebelum ini mengumumkan hutang negara telah mencecah RM1 trilion.

Pemimpin kerajaan turut menyalahkan pentadbiran lama yang didakwa terlalu bergantung kepada China dan terpalit dalam skandal 1MDB.