Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjawab cabaran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menuntut Putrajaya menjelaskan anggaran kos RM100 bilion untuk projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) yang dibatalkan.

Najib menolak angka RM100 bilion, mengatakan pentadbirannya telah membuat anggaran kos hanya RM72 bilion.

Walau bagaimanapun, Lim berkata anggaran baru itu mengambil kira bayaran bunga faedah yang dikenakan untuk membiayai projek itu.

"Tolong bercakap benar, apabila anda membuat kenyataan, jangan fikir anda memiliki fakta.

"Pada masa lalu anda mungkin mempunyai fakta, tetapi kini kami yang memiliki fakta.

"Sekiranya anda masukkan kiraan (bayaran) komponen faedah (kos HSR) melebihi RM100 bilion," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau kemudiannya memetik mutiara kata yang akrab dengan bekas presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln bahawa "anda boleh menipu semua orang untuk beberapa ketika dan (menipu) sesetengah orang sepanjang masa, tetapi anda tidak boleh menipu semua orang dalam sepanjang masa."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS