Suri rumah antara 15 ditahan rancang serangan 9 Mei
Seorang suri rumah berusia 51 tahun ditahan pasukan Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Puchong pada 9 Mei lepas kerana merancang serangan pada hari pilihan
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata suspek disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas merancang untuk melancarkan serangan menggunakan kereta untuk merempuh pengundi bukan Islam di pusat mengundi pada hari
“Selain itu suspek juga merancang untuk merempuh rumah ibadat bukan Islam menggunakan kereta yang dimuatkan dengan tong gas sebagai bahan letupan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata setakat 27 Mac hingga 9 Mei lepas, PDRM telah menangkap 15 suspek berusia lingkungan 17 hingga 51 tahun kerana disyaki terlibat dalam
Tangkapan itu melibatkan enam suspek rakyat tempatan, dua warganegara Filipina yang mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia, sepasang suami isteri daripada Afrika Utara, empat warganegara Filipina dan seorang warganegara Bangladesh. -Bernama

