Biro Penyiasatan Pusat India mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes untuk menampilkan dirinya di India pada 6 Jun, lapor Times of India hari ini.

Laporan yang memetik sumber yang biasa dengan siasatan sebagai berkata bahawa notis penampilan telah dihantar kepada Fernandes melalui e-mel tetapi tidak diketahui sama ada dia telah menjawapnya.

Dua hari lalu, CBI menuduh AirAsia mengamalkan rasuah, dengan beberapa kakitangannya dan pihak ketiga melanggar peraturan pelaburan langsung asing bagi mendapatkan lesen penerbangan dan menyuap pegawai kerajaan dalam usaha untuk mendapatkan peraturan yang longgar bagi membolehkan AirAsia India menggunakan laluan antarabangsa.

Syarikat penerbangan itu menafikan semua pertuduhan itu, dan melabelnya sebagai "tidak berasas dan bermotivasi oleh pertimbangan yang masih belum diketahui", dan berkata mereka akan membela diri sepenuhnya mengikut undang-undang.

Menurut laporan Times of India, Fernandes diperlukan untuk disoal-siasat mengenai kelulusan Lembaga Promosi Pelaburan Asing (FIPB) yang diambil oleh syarikat itu untuk melabur di India dan dakwaan usahanya untuk mendapatkan peraturan penerbangan awam 5/20 diubah, supaya AirAsia boleh memulakan operasi antarabangsa.

[Baca berita penuh]