Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan cepat nilai 'kerajaan tiga minggu', kata PM
Diterbitkan:  Jun 1, 2018 2:24 PM
Dikemaskini: 8:49 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penilaian terhadap kerajaan baru yang diterajuinya itu tidak boleh seharusnya dibuat dengan cara yang tergesa-gesa.

Beliau mengulas soalan wartawan bahawa pelabur asing bimbang dengan dasar ekonomi "tidak konsisten" pentadbiran baru.

“Anda tidak boleh menilai kami sebagai tidak konsisten. Kami mahu menjadi konsisten dan mahu menjadi negara yang mesra perniagaan (bagi pelabur). 

“Tidak kiralah mereka dari  negara manapun, sama ada orang tempatan atau orang luar, mereka akan tetap dilayan sama.

"Jika mereka ada masalah, kerajaan ini akan membantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Petaling Jaya, hari ini.  

Dr Mahathir berkata sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan baru, termasuk berkaitan dengan peluang pelaburan asing dan domestik, akan dibuat mengikut undang-undang sedia ada.

Sementara itu, perdana menteri juga berkata kesilapan yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini mengenai kontrak atau perjanjian perniagaan akan dibetulkan oleh kerajaan sekarang sebelum meneruskannya.

“Kesilapan oleh kerajaan sebelum ini perlu diperbetulkan, kita tidak boleh terus dengan kesilapan itu. Ia akan diperbetulkan tetapi kami akan mengikut kontrak atau perjanjian yang diberikan (oleh kerajaan lepas).

“Hanya kalau ada suatu yang tidak betul dengan kontrak itu, kami akan mengambil tindakan,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS