Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pertahan dan tambah baik fungsi Jakim - Ikram
Diterbitkan:  Jun 1, 2018 2:27 PM
Dikemaskini: 6:31 AM

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) wajar dikekalkan namun memerlukan perubahan yang menyeluruh.

Naib Presidennya Burhanuddin Lukman berkata pertubuhan itu menyokong penuh cadangan kerajaan untuk mengkaji semula peranan institusi berkaitan hal ehwal Islam tersebut.

"Agensi-agensi berkaitan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim dan lain-lain perlu dikekalkan dengan mengkaji peranan, struktur sistem dan individu peneraju agensi berkenaan.

"Ia penting bagi mengelakkan berlakunya pertindihan di samping dapat meningkatkan kecekapan agensi terbabit," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Burhanuddin berkata cadangan berkenaan adalah antara 13 resolusi berkaitan hal ehwal Islam yang diputuskan dalam sidang meja bulat alama dan asatizah Ikram pada 24 Mei lalu.

Cadangan lain termasuk membasmi ajaran Islam yang ekstrem, menonjolkan ilmuan yang pakar dalam pelbagai bidang secara inklusif dan meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Menurutnya Ikram akan membawa resolusi berkenaan kepada Jawatankuasa Pembaharuan Insitusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan untuk dipertimbangkan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS