Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waris Sosma lapor polis pada Zamihan
Diterbitkan:  Jun 11, 2018 2:12 PM
Dikemaskini: Jun 12, 2018 3:19 AM

Enam waris tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) membuat laporan polis terhadap pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Zamihan Zin.

Mereka mendakwa Zamihan memaksa tahanan untuk mengaku salah ketika memberi ceramah sempena Nuzul Quran di Penjara Sungai Buloh pada 31 Mei 2018, lapor Utusan Online.

Peguam tahanan, Faizal Rahman berkata, laporan polis dibuat pada 9 Jun lalu.

“Menurut mereka, Zamihan bukan sahaja memaksa untuk tahanan-tahanan mengaku salah tetapi turut mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan, hinaan dan melemparkan fitnah kepada beberapa orang pemimpin negara.

“Zamihan turut menghasut Orang Kena Tuduh (OKT) bahawa tiada guna melantik peguam dan perlu mengaku salah sahaja kerana tahanan memang pengganas,” beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar bersama waris-waris tahanan Sosma di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur.

Malaysiakini telah menghubungi Zamihan dan sedang menunggu penjelasannya berkaitan dakwaan itu.
 

Lihat Komen
ADS