Paling Popular
Terkini

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah masih menunggu panduan Ilahi sama ada mahu bertanding atau tidak sebagai presiden Umno.

Bercakap dalam perhimpunan penyokongnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam tadi, ahli politik 81 tahun itu berkata sudah mendapatkan maklum balas anggota keluarganya berkaitan perkata itu serta masih mengambil kira faktor umurnya.

“Saya dah terima pandangan dari keluarga.

"Dari segi umur saya, terdaya atau tak terdaya nak pergi ke 191 bahagian dari semasa ke semasa.

"Bagaimanapun, saya akan beristikharah,” katanya.

Setakat ini hanya dua calon akan bertanding jawatan presiden Umno, iaitu Timbalan Presien Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan penulis blog Rahmat Azim Abdul Aziz.

Perhimpunan agung tahunan Umno akan berlangsung pada 30 Jun depan. Tarikh tutup pencalonannya untuk bertanding pada 17 Jun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS