Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Lantik peguam kanan bantu pendakwaan pada Najib'

Peguam Negara Tommy Thomas yang baru dilantik perlu secara serius mempertimbangkan melantik peguam kanan jenayah untuk bekerjasama dengan pejabat timbalan pendakwa raya (DPP)jika memutuskan melakukan pertuduhan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafique yang juga pengamal undang-undang jenayah berpendapat jika Najib didakwa kes itu akan menjadi perhatian antarabangsa.

"Saya menyambut baik kenyataan Thomas semalam dan pada masa yang sama saya berhasrat untuk berhati-hati dengan perenggan dua kenyataan tersebut yang mana peguam negara mengaku telah melantik pasukan DPP berpengalaman dan peguam persekutuan kanan bagi mengkaji kemungkinan kertas pertuduhan jenayah dan prosiding sivil mengenai isu hangat dibincangkan ini.

"Sekiranya hanya DPP sekarang sahaja diamanahkan, saya rasa ia tidak akan menjadi sebaik (kerjasama pasukan dengan peguam kanan jenayah) kerana kes berkenaan bakal menarik perhatian seluruh dunia.

"Peguam jenayah terkemuka negara dan barisan DPP berpengalaman perlu membentuk pasukan pendakwaan terhadap Najib sebagai khidmat negara," katanya.

Rafique (gambar) menyatakan kebimbangannya jika dibentuk suatu pasukan pendakwaan yang hanya bergantung kepada DPP sekarang ini kerana kebanyakan mereka didakwa masih setia dengan bekas peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

"Saya menggesa AG untuk mengeluarkan fiat (perintah khas) melantik peguam-peguam utama ini untuk tujuan khusus melakukan pendakwaan terhadap rejim Najib. Saya yakin usaha ini khidmat negara dan akan meletakkan sistem perundangan negara pada kedudukan yang baik," katanya.

Fiat terakhir diberikan kepada peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail melalui perintah khas di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II di mahkamah rayuan.

Rafique mencadangkan peguam yang dilantik perlu memiliki pengalaman lebih dari 15 hingga 30 tahun dalam kes jenayah.

Kertas siasatan SRC

Semalam, dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan mengenai anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd kepada Thomas.

Thomas juga berkata beliau baru sahaja menandatangani permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan beberapa negara luar dan berharap mendapat bantuan dan menjalin kerjasama dengan mereka.

Sehubungan itu, Tommy Thomas berkata beliau juga telah membentuk dua pasukan untuk meneliti kertas siasatan berkenaan.

"Untuk melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya telah melantik satu pasukan untuk mengkaji kertas itu dengan tujuan untuk kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan satu lagi untuk mengkaji memulakan prosiding sivil,” katanya dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS