Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tangguh HSR wajar, kata ketua pembangkang DUN Johor

Keputusan kerajaan tidak membatalkan projek Kereta Api Bgerkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura ) sebaliknya hanya menangguhkannya adalah wajar.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad berkata kewajaran itu berpaksikan kepada potensi industri rel yang bakal wujud menerusi projek berkenaan yang sudah tentu akan memberi peluang kepada rakyat untuk menceburinya.

Ini juga membolehkan negara membangunkan pusat kecemerlangan industri rel, sama seperti negara membina Menara KLCC dan Litar Formula satu suatu ketika dahulu, kata beliau dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

“Feel good factor amat diperlukan supaya dunia memandang tinggi terhadap hala tuju negara kita. Bagi rakyat Johor pula, cuba kita bayangkan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menjadi pusat kecermerlangan industri rel dan di Skudai pula akan dibina depoh bagi tujuan latihan penyelenggaraan dan pembaikan.

Tak nafi keperluan masa depan

“Itu sudah tentu akan membuka peluang latihan dan pekerjaan yang banyak kepada rakyat amnya dan Johor khususnya,” kata Hasni.

Semalam, ketika memberi taklimat kepada media mengenai hasil lawatan kerja selama tiga hari ke Jepun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membatalkan projek tersebut tetapi hanya menangguhkannya.

Keputusan itu berikutan kerajaan belum mampu melakukannya buat masa masa ini namun beliau tidak menafikan terdapat keperluan untuk kereta api berkelajuan tinggi di masa depan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS