Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas tahanan Nurul Izzah, Tian Chua gesa pembaharuan institusi penjara
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 6:09 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua menggesa kerajaan memperkenalkan pembaharuan sistem penjara yang lebih bertumpu pada pemulihan dan pendidikan dan bukannya hukuman semata-mata.

Dalam sidang media pelancaran buku Tian Chua’s Kajang Diary: A Prison Retreat, Nurul Izzah yang hadir sebagai tetamu kehormat berkata pembaharuan sistem penjara perlu termasuk dalam agenda kerajaan baru.

"Saya akan mengusulkan beberapa cadangan kepada Jawatankuasa Pembangunan Institusi (IRC) berhubung situasi penjara dan kemudahan lokap," katanya.

Nurul Izzah turut menyorot bahawa bekas menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pernah menyebutkan pembaharuan penjara di Parlimen namun tiada kesungguhan politik untuk melaksanakan perkara itu di bawah pentadbiran BN.

"Mereka mempunyai dokumen. Dia (Ahmad Zahid) sepatutnya mengadakan mesyuarat. Malah, ia pernah disebutkan di parlimen," kata Nurul Izzah yang juga merupakan anggota parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Tian menjelaskan bahawa penahanan perlu digunakan sebagai peluang mendidik pesalah dan menjadikan mereka lebih baik selepas dibebaskan.

"Apabila di dalam penjara, mereka cuma duduk tak buat apa-apa. Apabila mereka keluar, mereka juga merasa terasing daripada masyarakat.

"Jadi, penjara tidak seharusnya hanya sekadar tentang menjauhkan pesalah daripada masyarakat.

"Penjara seharusnya dijadikan peluang untuk menjadikan pesalah orang lebih baik dan menyediakan mereka peluang untuk pendidikan," katanya.

Nurul dan Tian masing-masing pernah menjadi tahanan politik di lokap atau di penjara atas dakwaan membuat kenyataan menghasut terhadap BN.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS