Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salam Aidilfitri dari Malaysiakini
Diterbitkan:  Jun 15, 2018 6:16 AM
Dikemaskini: Jun 15, 2018 2:35 AM

Kepada semua pembaca, khususnya umat Islam, Malaysiakini mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri dan maaf zahir batin, di mana juga anda berada.

Sebahagian besar petugas Malaysiakini turut bercuti untuk berhari raya dan mengunjungi rakan-rakan yang menyambut hari kebesaran ini. Justeru, kami akan hanya beroperasi dengan jumlah wartawan dan editor yang terhad sehingga Isnin.

Kami juga mengambil peluang ini mengucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca dan mereka yang sentiasa menyokong usaha kami dalam menyampaikan berita yang adil, bebas dan berkecuali.

Malaysiakini akan kembali beroperasi sepenuhnya pada hari Isnin 18 Jun dengan lebih banyak berita menarik dan terkini.

Lihat Komen
ADS