Idris: Seri Bendahara tak dibina ketika saya jadi ketua menteri
Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan secara profesional dan tidak berfikir seperti pembangkang.
Idris berkata demikian merujuk gambaran yang dikeluarkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung Seri Bendahara, rumah kediaman rasmi ketua menteri, yang dikatakan sebagai menunjukkan mewah kerajaan sebelum ini.
"Seri Bendahara bukannya dibuat zaman saya. Ia dibuat pada 2004 dan siap pada 2006.
"Maknanya bila saya masuk (sebagai ketua menteri) Seri Bendahara dah berusia 7 atau 8 tahun," katanya.
Kenyataan itu dibuat ketika HARAPAN membuka Seri Bendahara untuk kunjngan orang ramai.
HARAPAN sebelum ini mendakwa kediaman berkenaan merupakan contoh pembaziran BN ketika mentadbir Melaka.
Tambah Idris, kerajaan hari ini tidak seharusnya "hanya befikir untuk mencari kesalahan kerajaan lama".
"Saya pun tak mengatakan kerajaan lama adalah sebuah kerajaan yang sempurna. Kita tidak sempurna. Kita ada kelemahannya dan ia akan diperbaiki," katanya.
Idris turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang pengubahsuaian dan tidak masuk campur dalam kerja pembaikan kediaman rasmi berkenaan.
"Yang saya ingat, saya tak tukar apa apa pun kecuali saya lihat ada berlaku kerosakan kerosakan di mana perkara ini harus dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.
"Dan semua pembaikan pun tidak ada dalam tangan saya dari segi kawalan, spesifikasi dan sebagainya," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.