Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jack Ma jumpa Dr Mahathir esok
Diterbitkan:  Jun 17, 2018 10:15 PM
Dikemaskini: 2:52 PM

Perjumpaan antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan usahawan terkenal China Jack Ma akan berlangsung esok.

Sumber yang dekat dengan Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Dr Mahathir akan menerima kunjungan pengerusi eksekutif Alibaba itu di pejabatnya di Putrajaya pukul 9 pagi.

Beberapa akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan Ma berhasrat berjumpa Dr Mahathir awal bulan ini namun perdana menteri itu perlu menumpukan pada pentadbiran kerajaan terlebih dahulu.

Kerajaan ketika di bawah pentadbiran BN sebelum ini, melantik Ma sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ekonomi digital.

Alibaba juga mempunyai kepentingan dalam Zon Dagang Bebas Digital (DFTZ), yang dilihat sebagai projek infrastruktur yang bertujuang meningkatkan sektor e-dagang dalam negara.

Kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini telah mengumumkan mengkaji semula pelbagai projek mega yang diperkenalkan kerajaan sebelumnya.

Dr Mahathir sebelum ini menyifatkan DFTZ sebagai idea yang baik dan berkata akan meneruskan projek berkenaan.

Selepas mesyuarat 9 pagi esok, Ma juga dijangka melancarkan pejabat Alibaba di Bangsar, Kuala Lumpur.

Ia juga akan menjadi Platform Dagangan Elektronik Dunia  (eWTP) pertama Alibaba di luar China.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS