Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Setiausaha DUN mungkin dipecat, kata KM Sabah
Diterbitkan:  Jun 18, 2018 9:53 AM
Dikemaskini: 1:59 AM

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mungkin dipecat kerana membenarkan pembangkang mengadakan majlis angkat sumpah pada 12 Jun tanpa memaklumkan kepada kerajaan negeri dan Yang di-Pertua Negeri.

"Kami akan membuat keputusan bersama para penggubal undang-undang dan pihak berkuasa berkaitan lain," katanya semasa sambutan Hari Raya negeri, lapor The Star hari ini.

Semasa sidang pertama DUN dan istiadat angkat sumpah pada 11 Jun lalu, kesemua 21 wakil rakyat daripada BN Sabah dan STAR tidak hadir.

Sebaliknya, mereka mengadakan majlis angkat sumpah berasingan pada hari berikutnya 12 Jun untuk semua ADUN, kecuali ADUN Sg Sibuga dan bekas ketua menteri Datuk Seri Musa Aman serta ADUN Apas, Nizam Abu Bakar Titingan.

19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu boleh menunggu untuk angkat sumpah pada 2 Julai, iaitu ketika sidang seterusnya dijadualkan, kata Shafie.

Kenapa lakukan sendiri?

Beliau menjelaskan mereka sepatutnya mengikut peraturan mesyuarat DUN.

"Mengapa memilih untuk melakukannya sendiri tanpa memaklumkan kepada kami?" Soal beliau.

Berdasarkan kejadian ini, Shafie memaklumkan pentadbiran DUN akan melalui beberapa perubahan supaya semua orang memahami prosedur.

"Ini bukan campur tangan kerajaan negeri di dalam dewan undangan negeri. Kami akan menuruti peraturan tetap mesyuarat (DUN) dan undang-undang," katanya.

Beliau berkata parti pembangkang perlu mengenepikan perbezaan mereka dan bekerjasama dengan kerajaan negeri yang baharu.

Lihat Komen
ADS