Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Akta antiberita palsu hanya pandangan peribadi saya

Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang hari ini menjelaskan bahawa cadangan kepada pengamal media supaya merangka Akta Antiberita Tidak Benar sendiri hanyalah pandangan peribadi beliau.

Ia bukan pendirian Pakatan Harapan untuk merangka versi akta itu sendiri, kata Lim pada sidang akhbar.

"Sama ada pandangan itu akan diterima oleh kabinet, kamu perlu menyoal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir (Mohamad)," katanya ketika diminta mengulas lanjut tentang cadangannya supaya akta baru digubal, walaupun HARAPAN sebelum ini berjanji untuk memansuhkannya.

Lim juga enafikan bahawa dia membuat “pusingan U”.

"Saya bersetuju sepenuhnya bahawa kita harus memansuhkan akta itu ia tidak menangani berita palsu. Ia bertujuan untuk memastikan skandal 1MDB bekas perdana menteri Datuk Seri Najib tidak didedahkan.

"Tujuan akta itu adalah menjadikan (skandal) 1MDB sebagai berita palsu, dan jika kamu mendedahkan 1MDB, kamau akan didapati bersalah melakukan jenayah di bawah akta berkenaan," kata Lim.

Menurut beliau, terdapat keperluan untuk memerangi berita palsu yang beredar di media sosial, dan bahkan di media cetak, jika undang-undang sekarang tidak mencukupi untuk membendung berita palsu.

Beliau mencadangkan agar pertubuhan media, majlis peguam dan masyarakat sivil mengkaji cadangan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS