Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP gesa DBKL henti guna orang tengah agih tapak niaga

Selepas namanya turut diheret dalam skandal bazar Ramadan, Anggota Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhenti menggunakan orang tengah dalam mengagihkan tapak untuk peniaga.

"Saya cadangkan agar DBKL hentikan penggunaan orang tengah bagi semua tapak bazar Ramadan, Tahun Baru Cina atau Deepavali, mereka seharusnya beri secara langsung kepada individu yang memohon, bukan melalui NGO atau persatuan," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, ia juga akan membantu pendapatan peniaga miskin.

Fong berkata demikian selepas membuat laporan di balai polis Dang Wangi berhubung skandal bazar berkenaan.

Minggu lalu, Malaysiakini melaporkan Ketua Pemuda BERSATU Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abd Karim yang terlibat di dalam skandal itu susulan dakwaan orang tengah yang bertindak bagi pihaknya menyewakan tapak bazar di Jalan Masjid India sehingga RM5,000 bagi setiap tapak.

Nama Fong diheret dalam skandal itu kerana memberi surat sokongan kepada Mohd Noorhisyam.

Dalam laporan polisnya, Fong menafikan mengetahui sebarang tapak bazar atau bersetuju surat sokongannya digunakan untuk tujuan berkenaan.

Noorhisyam juga menafikan dakwaan ke atasnya dan telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Fong berkata mengeluarkan surat sokongan adalah perkara biasa sebagai anggota parlimen.

Menurutnya, selama lima penggal menjadi anggota parlimen, dia sudah mengeluarkan beberapa ribu surat seumpamanya, terutamanya bagi pihak yang memohon bantuan kebajikan.

"Pihak yang ingin memohon bantuan kebajikan memerlukan surat itu daripada anggota parlimen atau anggota dewan undangan negeri untuk sokongan.

"Jika mereka tak dapat surat itu daripada kami, mereka tifak dapat bantuan kebajikan," jelasnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS