Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bantuan bulanan pada nelayan diteruskan
Diterbitkan:  Jun 22, 2018 7:03 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub menegaskan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada nelayan tidak akan diberhentikan.

Katanya, hasil perbincangan kementeriannya dan Pejabat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didapati merujuk kepada pemberian insentif sekali sahaja di era BN sebelum ini.

“Kenyataan YAB perdana menteri tidak membabitkan pemberian lain dan ini termasuk Elaun Sara Hidup (ESH) nelayan yang telah termaktub sebagai program-program di bawah kementerian,” katanya.

Dalam kenyataan lewat petang ini, Salahuddin menegaskan ESH nelayan yang telah bermula sejak Jun 2008 bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup para nelayan.

Kekeliruan timbul selepas Mahathir hari ini dikatakan memberikan pendirian bercanggah dengan Salahuddin berkaitan bantuan bulanan kerajaan kepada nelayan.

Mahathir dalam wawancara dengan Malay Mail hari ini berkata kerajaan berhasrat memansuhkan bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada 57,000 nelayan.

Salahuddin dalam sidang media semalam pula menjamin kerajaan akan meneruskan bantuan yang melibatkan 57,000 nelayan itu.

Lihat Komen
ADS