Amaran ribut petir di pantai timur, N9, M'ka, Johor
BernamaPublished: Jun 24, 2018 10:58 PM | Updated: Jun 24, 2018 11:00 PM
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di sekitar negeri Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga pukul 1 pagi, 25 Jun.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan di Kelantan yang mengalami keadaan cuaca berkenaan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Ramalan cuaca seumpamanya juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Pahang iaitu Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin selain di Tangkak, Segamat dan Muar di Johor.
- Bernama
View Comments0

