Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anak Zahid kalah pemilihan Wanita Umno
Diterbitkan:  Jun 24, 2018 11:44 PM
Dikemaskini: 3:46 PM

Anak perempuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah tidak terpilih ke dalam barisan kepimpinan Wanita Umno baru selepas gagal mendapat tempat 20 teratas pemilihan sayap itu.

Nurulhidayah Ahmad Zahid membuat hantaran di Instagram mengakui kekalahannya.

"Terima kasih atas sokongan dan doa kawan-kawan. Tiada rezeki buat saya dalam pemilihan kali ini untuk berdiri sebaris dengan barisan exco Wanita Umno Malaysia.

"Perjuangan harus tetap diteruskan! Bagi saya, menang kalah adalah adat dalam pertandingan malahan inilah perancangan yang terbaik dari Allah yang telah tertulis buat saya.

"Memetik kata-kata dari seorang sahabat, keberanian untuk menjadi calon dan bertanding adalah permulaan kepada kemenangan," katanya pada hantaran di Instagram.

Nurulhidayah juga menyarankan pengundian melibatkan seluruh anggota parti itu.

"....pengundian pucuk pimpinan perlu melibatkan keseluruhan ahli Umno.

"Ini sedikit sebanyak akan membuang terus budaya politik wang dikalangan ahli Umno dan Umno akan terlihat sebagai parti yang lebih telus," katanya.

 

Assalammualaikum. Terima kasih atas sokongan n doa kawan2.. tiada rezeki buat saya dalam pemilihan kali ini untuk berdiri sebaris dengan barisan EXCO Wanita UMNO Malaysia. Perjuangan harus tetap diteruskan! Bagi saya, menang kalah adalah adat dalam pertandingan malahan inilah perancangan yang terbaik dari Allah yang telah tertulis buat saya. Memetik kata2 dari seorang sahabat, keberanian untuk menjadi calon dan bertanding adalah permulaan kepada kemenangan. Inshaa Allah. Namun demikian, suka saya mencadangkan kepada pucuk pimpinan, sebagai langkah untuk UMNO baharu, merakyatkan UMNO adalah langkah yang perlu di pertimbangkan dimana, pengundian pucuk pimpinan perlu melibatkan keseluruhan ahli UMNO. Ini sedikit sebanyak akan membuang terus budaya politik wang dikalangan ahli UMNO dan UMNO akan terlihat sebagai parti yang lebih telus. Inshaa Allah. Nurulhidayah Ahmad Zahid. Ahli UMNO Cawangan Saujana Impian Bahagian Bangi

A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurulzahid) on

Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusoh, pada sidang akhbar di ibu pejabat Umno malam ini mengumumkan Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad sebagai Ketua Wanita Umno yang baru manakala naib ketuanya ialah Datuk Norliza Abdul Rahim.

Barisan lengkap 20 ahli exco dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Lihat Komen
ADS