Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Ahmad Yakob minta PM teruskan projek persekutuan di Kelantan
Diterbitkan:  Jun 25, 2018 5:30 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Antara inti pati perbincangan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini adalah soal mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Saya menyatakan hasrat kerajaan negeri agar projek persekutuan di Kelantan diteruskan dengan jayanya.

"Saya juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada perdana menteri kerana setuju untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan, berdasarkan kenyataan beliau dalam mesyuarat majlis kewangan negara yang lalu," katanya dalam kenyataan media selepas pertemuan itu.

Katanya lagi, pertemuan dibuat berdasarkan hubungan rasmi kerajaan negeri dan persekutuan.

Tengah hari tadi, Ahmad bersama timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengadakan kunjungan hormat kepada Dr Mahathir di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Pada awal bulan lalu, kerajaan Terengganu - sebuah lagi negeri yang ditadbir PAS - turut membuat kunjungan hormat terhadap Mahathir.

Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS berkata pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir atas pelantikan sebagai perdana menteri ketujuh selepas kemenangan pada PRU lalu.

"semoga kunjungan hormat ini akan disusuli dengan kerjasama rasmi antara exco kerajaan negeri dan menteri-menteri persekutuan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Kelantan," katanya.

Lihat Komen
ADS