GPMS dakwa bantuan kewangan dari KBS disekat
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendakwa seorang pegawai di Kementerian Kewangan telah menghalang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) daripada menyalurkan bantuan kewangan kepada gabungan itu.
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendakwa seorang pegawai di Kementerian Kewangan telah menghalang Kementerian Belia dan Sukan (KBS) daripada menyalurkan bantuan kewangan kepada gabungan itu.
Setiausaha Agung GPMS, Sobri Ahmad mendakwa, campurtangan pegawai terbabit menyebabkan pihaknya belum menerima bantuan pentadbiran RM100,000 yang sepatutnya diterima pertengahan tahun ini.
Beliau difahamkan bahawa cek tersebut berada di pejabat KBS tetapi tidak dapat diserahkan kepada GPMS atas arahan pegawai berkenaan.
Katanya, memorandam persefahaman pemberian gran tersebut telah ditandatangani dengan KBS awal tahun ini.
"Kami diberitahu bahawa semua badan bukan kerajaan (NGO) lain telahpun mendapat bantuan kewangan masing-masing, hanya GPMS yang belum memperolehinya," katanya.
Temui Perdana Menteri
Sobri berkata, pihaknya mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pegawai terbabit memberi arahan kepada KBS supaya tidak menyalurkan bantuan tersebut.
Sehubungan itu, katanya, pimpinan GPMS telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu, tetapi dimaklumkan bahawa bantuan tersebut akan hanya diberikan selepas persidangan agung khas gabungan itu diadakan.
Berikutan itu, katanya, GPMS menghadapi masalah kewangan dan ini menjejaskan pihaknya untuk menjalankan aktiviti terutama yang membabitkan bidang pendidikan.
Beliau berkata, perkembangan ini amat tidak sihat dan ia tidak memberi sebarang faedah kepada kemajuan GPMS itu sendiri.
Dalam persidangan khas kali ini, Presiden Datuk Suhaimi Ibrahim dijangka ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan 1, Reezal Merican Naina Merican yang kini manyandang jawatan Naib Presiden GPMS.
Difahamkan persidangan khas tahun ini akan turut menyaksikan persaingan sengit untuk merebut beberapa jawatan utama GPMS.
End


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.