Politik wang: PAS dakwa PM masih pertahan wakil rakyat Umno
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih mempertahankan wakil rakyat Umno yang didapati bersalah melakukan politik wang kerana mereka masih tidak mengosongkan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan negeri (DUN) masing-masing.
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih mempertahankan wakil rakyat Umno yang didapati bersalah melakukan politik wang kerana mereka masih tidak mengosongkan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan negeri (DUN) masing-masing.
Malah, katanya, salah seorang pesalah politik wang itu bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Samad akan turut serta dalam kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan.
HarakahDaily.Net memetik Mohamad Sabu sebagai berkata, adalah tidak pelik apabila pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat dengan rasuah boleh turun padang berkempen dalam pilihanraya kecil itu.
"Sudahlah berlaku penipuan dalam pilihanraya umum 2004, kini orang yang terlibat dalam rasuahpun, masih mahu membantu Umno," dakwanya.
Bagaimanapun, Mohamad Sabu berkata, pengundi di Pengkalan Pasir tidak akan mudah terpedaya dengan taktik kotor Umno itu.
"Hanya penipuan yang boleh mengalahkan PAS di DUN berkenaan," kata beliau yang yakin para pengundi masih kuat memihak kepada PAS.
Sebaliknya, kata Mohamad Sabu, sekiranya mahu membersihkan rasuah, perdana menteri sepatutnya telah lama membubarkan Parlimen ataupun DUN yang diwakili oleh wakil rakyat yang terlibat dengan rasuah.
Antara tokoh Umno yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin Umno kerana terbabit dalam politik wang ketika pemilihan parti itu yang lalu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Melaka, Amid Nordin dan ahli Parlimen Titiwangsa, Astamam Abdul Aziz.
"Tak payahlah mereka sibuk menyuruh PAS bubarkan DUN Kelantan kerana mereka sendiri yang terbukti bersalah dengan rasuah, masih dipertahankan oleh Perdana Menteri untuk menjadi wakil rakyat," katanya lagi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.