Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wakil S'wak dalam kabinet, tunggu pengumuman PM, kata DAP

Tunggu pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, demikian reaksi Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak Chong Chieng Jen ketika diminta mengulas mengenai senarai menteri dan timbalan menteri Persekutuan yang kini tular.

Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak berkata senarai yang diviralkan itu belum muktamad.

"(Senarai) yang viral itu belum muktamad, belum diumumkan; prerogatif perdana menteri untuk tentukan berapa menteri dan timbalan menteri,” katanya ketika ditanya sama ada HARAPAN Sarawak berpuashati dengan jumlah wakil negeri ini dalam kabinet Persekutuan.

Chong bercakap kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan anggota Jabatan Bomba di Kuching malam ini.

Dalam pada itu, Chong yang juga Anggota Parlimen Stampin mengesahkan ada menerima panggilan dan akan ke Kuala Lumpur Ahad ini.

Istiadat angkat sumpah baki menteri dan timbalan menteri Persekutuan akan berlangsung di Istana Negara pada esoknya (2 Julai).

- Bernama

Lihat Komen
ADS