Pembinaan FSRC bermula semalam
Pembinaan Pusat Sumber Perhidmatan Kewangan (FSRC), yang merupakan pelaburan Malaysia dalam sebuah pusat pengetahuan dengan kemudahan pembelajaran dan penyelidikan bagi menyokong pembangunan budaya berprestasi tinggi untuk sektor perbankan dan kewangan, telah dimulakan semalam.
Pembinaan Pusat Sumber Perhidmatan Kewangan (FSRC), yang merupakan pelaburan Malaysia dalam sebuah pusat pengetahuan dengan kemudahan pembelajaran dan penyelidikan bagi menyokong pembangunan budaya berprestasi tinggi untuk sektor perbankan dan kewangan, telah dimulakan semalam.
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, pusat berkeluasan 1.09 juta kaki persegi itu, yang merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia untuk menyokong usaha pembangunan global Kewangan Islam, akan disiapkan dalam tempoh dua tahun.
FSRC akan menempatkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam Antarabangsa (IFSB) dan Pusat Penyelidikan dan latihan Bank-Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN), kata BNM. Ia akan dibina di Lot 43, Jalan Dato' Onn, di Kuala Lumpur.
Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN itu merupakan komitmen Malaysia dalam memberikan latihan dalam bidang-bidang termasuk perbankan pusat, penyeliaan perbankan, kewangan Islam, pembelajaran eksekutif serta penyelidikan dan pembangunan di arena serantau dan antarabangsa.
Menurut laporan Bernama, Malaysia adalah tuan rumah kedua-dua institusi antarabangsa dan serantau itu.
Selain itu, FSRC menyediakan kemudahan latihan canggih yang akan juga digunakan untuk mengadakan program berkaitan perbankan pusat bagi peserta asing di bawah tajaan Program Kerjasama Teknikal Kerajaan Malaysia.
Ia termasuk penyediaan dewan persidangan, pejabat serta Pusat Pengurusan Pengetahuan untuk dikongsi bersama-sama oleh entiti berkenaan.
Muzium Kewangan dan Pusat Seni BNM yang pada masa ini berada di BNM akan dipindahkan ke FSRC sebaik selesai sahaja pembinaannya dan ia akan terus dibuka kepada orang ramai.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.