Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM, SPR, Audit Negara kini di bawah Parlimen
Diterbitkan:  Jul 1, 2018 4:11 PM
Dikemaskini: 8:15 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Audit Negara adalah antara sembilan agensi kerajaan yang menjadi badan bebas dan melapor langsung kepada Parlimen.

"Ia sebahagian daripada rombakan besar-besaran Jabatan Perdana Menteri (JPM)," lapor media tempatan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga akan menjadi badan bebas kerajaan yang tidak tertakhluk di bawah JPM, lapor The Star.

Laporan itu memetik surat kepada Jabatan Perdana Menteri oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang meluluskan pemansuhan 10 jabatan dan agensi termasuklah 19 jabatan yang lebih kecil atau pejabat di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ini termasuklah penggabungan lima agensi dan rombakan semula 40 buah agensi kerajaan, kata laporan itu lagi.

Antara jawatan yang dimansuhkan ialah wakil khas negara ke India yang dijawat Tun S Samy Vellu dan wakil khas negara ke China yang jawatannya baru dilepaskan Tan Sri Ong Ka Ting.

Turut dimansuhkan sekretariat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara masih diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Lihat Komen
ADS