Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anak tiri bekas perdana menteri, Riza Aziz dijangka hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok untuk memberi keterangan berkaitan skandal 1MDB.

"Itu yang kami dengar daripada pegawai tetapi waktu belum ditentukan," kata sumber SPRM kepada Malaysiakini berhubung laporan portal The Malaysian Insight tentang perkara itu.

Seorang lagi sumber mengatakan Riza akan hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul dua petang esok.

Riza merupakan ketua pegawai eksekutif Red Granite Pictures, syarikat penerbitan filem yang didakwa mendanai sejumlah filem, antaranya The Wolf of Wall Street, menggunakan wang yang diselewengkan daripada 1MDB.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa sejumlah AS$64 juta yang diselewengkan daripada 1DMB telah dipindah keada Red Granite.

Syarikat itu pula sebelum ini berkata pihaknya tidak tahu menggunakan wang yang diselewengkan itu untuk filem mereka.

AS$64 juta itu sebahagian daripada AS$238 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB yang dipercayai DOJ telah dipindahkan ke akaun yang dikawal Riza.

Riza juga dituduh menggunakan wang itu untuk membeli hartanah mewah daripada ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low.

DOJ turut mendakwa Riza mengatakan AS$94 juta wang 1MDB yang diterimanya adalah "hadiah".

SPRM dalam siasatannya terhadap skandal 1MDB telah mengambil keterangan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
 

Lihat Komen
ADS