Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peratusan wakil PKR, DAP paling rendah dalam kabinet Dr M
Diterbitkan:  Jul 3, 2018 12:30 AM
Dikemaskini: 7:19 AM

Kedua-dua parti terbesar dalam kerajaan kurang diwakili dalam kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gabungan PKR dan DAP menguasai 73.6 peratus daripada kerusi parlimen kerajaan, tetapi hanya diperuntukkan cuma 50 peratus jawatan kabinet. [Lihat carta di bawah]

Jika mengambil kira jumlah anggota parlimen setiap parti komponen, BERSATU dan AMANAH paling tinggi peratusan wakil dalam kedudukan menteri dan timbalan menteri.

BERSATU mempunyai 13 anggota parlimen manakala AMANAH  sebelas, dan 12 dan 10 daripadanya menjadi menteri atau timbalan menteri.

Bagi WARISAN, lima daripada lapan orang anggota parlimennya dilantik sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri.

 

Sementara itu, umur purata anggota kabinet ialah 55.74 tahun manakala umur median (pertengahan antara yang paling tua dan yang paling muda) adalah 57 tahun.

Dr Mahathir ialah menteri yang tertua pada usia 93 tahun, manakala Menteri Belia dan Sukan Syed Saddique Syed Abdul Rahman menjadi yang termuda dengan usia 26 tahun.

Anggota parlimen dari Malaysia Timur mewakili tujuh daripada keseluruhan jumlah jemaah menteri dan timbalan menteri, berkurangan daripada 17 dalam pentadbiran lalu.

Daripada segi perwakilan wanita, kaum hawa membentuk 21.43 peratus anggota kabinet. Hanya 16.53 peratus anggota parlimen adalah wanita.

Secara keseluruhannya, PKR menyumbangkan anggota parlimen wanita paling ramai (21.28 peratus) diikuti dengan DAP (19.05 peratus).

AMANAH merupakan satu-satunya parti kerajaan tanpa anggota parlimen wanita.

 
Lihat Komen
ADS